Please visit my site at http://kufilutfi.wordpress.com
Sedikit >> Tiada langsung
aku nak minta maaf
kawan dan musuh
yang mana ada terkhilaf
dulu aku bodoh dan kusut
…
Adakah aku akan dipertanggungjawabkan dengan perbuatan orang lain yang aku antaranya (sedikit sebanyak) penyebab mereka sedemikian? Mungkin. Moga Allah memaafi aku. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa orang yang aku ambil hak mereka dan dosa-dosa orang yang mengambil hak-hak aku.
Sudah lama aku tidak menulis. Bukan tidak punyai isi. Bukan tidak punyai masa. Malah setiap malam sebelum tidur (hampir), aku mengelamunan keseorangan. Banyak perkara yang boleh diperketengahkan. Namun akhirnya kucegah untuk tidak dikongsibicarakan. Segala gelodak idea-idea aku tapis, aku simpan dan aku cuba pahat dalam benakku. Namun tikus-tikus perlupaan menggerit dan menyebabkan kulupa semula. Aku rindu untuk duduk dan bertafakur.
Aku mula semula dengan membaca buku.
Isterinya disuruh bertudung likup tetapi dirinya memakai seluar pendek
Assalamualaikum
Sedekahkanlah bacaan al-Quran anda kepada penduduk-penduduk di sana, yang hidup ataupun yang telah meninggalkan dunia ini. Budak-budak kecil itu telah dijamin penginapan abadi mereka (Jannah), sedangkan kita masih haus dengan dosa-dosa yang merosakkan diri kita. Al-fatihah.
Selepas Ramadhan ini aku perhatikan yang aku:
- kurang buat perkara baik
- banyak buang masa
- banyak fikir benda mengarut
- banyak buat benda tak berfaedah/lagha
- banyak ikut kemahuan hati
- kurang belajar
Aku perlu ramas hati ini.
Aku sunyi.
