Jika aku boleh menulis suara, akan kutulis. Namun itu cuma khayalan semata-mata.
Diruangan bawah ini, aku cuba membayangkan suara.
(bayangkan suara yang naik turun seperti ombak mengalunkan ayat Quran)
Jika aku boleh menulis suara, akan kutulis. Namun itu cuma khayalan semata-mata.
Diruangan bawah ini, aku cuba membayangkan suara.
(bayangkan suara yang naik turun seperti ombak mengalunkan ayat Quran)
Aku melihat arkib lama perkembangan duniaku sejak aku mula berjinak-jinak di alam maya ini. Sebagai seorang yang cermat (perfectionist in kelate) dan mudah bosan, aku kerap merubah segala apa yang aku ada. Dan aku pasti akan mengubah halaman ini dalam masa yang terdekat. Bukan apa, kerana aku masih dihantui oleh sifat-sifat aku tersebut. Aku perlukan satu kata putus dalam diri ini. Adakah ini mencerminkan peribadi aku yang tidak pernah puas dengan apa yang aku ada? Adakah perlu aku mengubah kecepatbosanan aku ini? Sila beri tunjuk ajar.
Ketika kegelapan malam mula melabuh di tangga langit, aku berbaring merenung siling batu di atasku, tanpa lampu, bak kanvas hitam yang menunggu cat putih dicoret. Jika benakku masih berbalam-balam dengan kesuraman ini, aku perlu turun ke bawah membuat secawan milo untuk diminum.
Moral: milo amat berguna.
Mari kita berdoa supaya hati kita disejukkan sepertimana Allah menyejukkan bumi ketika hujan turun.
Apabila secawan air dipegang selama sejam, penat terasa; tetapi jika diminum, penat hilang.
Jika kita doakan orang lain, maka para malaikat akan mendoakan perkara yang sama untuk kita.
Aku doakan para pembaca sekelian dikurniakan keberkatan di dunia dan di akhirat dan semoga Allah mencucuri Rahmat-Nya kepada anda semua dan memberi kesabaran untuk menempuh segala rintangan di hadapan. Amin.
Pada zaman Imam Malik rahimahullah tidak seorangpun datang mengunjungi Masjid Nabawi tanpa memakai qalansuwa dan imamah (serban) kerana menghormati tempat suci tersebut.
Pada zaman khalifah Uthmaniyah, tiada bangunan yang didirikan melebihi ketinggian Kaabah kerana menghormati tempat suci tersebut.
Seorang syeikh tidak pernah memakai sepatu berwarna hijau kerana menghormati kubah hijau yang menempati kubur Nabi.
Seorang alim tidak pernah sesekali memandang ke arah Kaabah kerana menghormati binaan tersebut.
Seorang pengembala kambing tidak pernah memberikan susu kepada anak-anaknya yang kelaparan kerana dia mengutamakan ibu bapanya walaupun mereka berdua sedang nyenyak tidur dan anak-anaknya menangis.
Seorang nenek sanggup membasuh najis ibunya walaupun dia sendiri sudah tidak larat untuk membuat kerja.
Permainan kalau adalah antara permainan yang paling berbahaya. Jika hidup kita berisi dengan mempersoalkan kalau, bermakna, segala ketentuan dari-Nya dipermainkan. Adalah kita sebagai hamba tidak pernah bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita. Kalau bukan sahaja merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada diri kita, tetapi juga terhadap masyarakat, negara atau dunia ini. Sesungguhnya permainan ini amat bahaya sekali… kita sebenarnya tidak dapat melihat atau mengetahui nikmat yang Allah berikan walaupun dalam bentuk pembinasaan kerana Ilmu Allah itu luas dan dalam.
Hanya Allah mengetahui apa yang ada dibelakangmu dan apa yang ada di antaranya…
Melihat keterbitan dan ketenggelaman matahari adalah sesuatu yang tersergam indah!