Hati rosak kerana terlebih gula
Jantung rosak kerana terlebih lemak
Hati punah kerana terlalu alpa
Jantung punah kerana terlalu berkesumat
Archive for March, 2008
Diriku berpecah dua
Mungkin bersepai derai
Adakah kusudah lupa
Syaitan bersorak sorai?
Di hadapan kuputih
Di belakang kuhitam
Di sana kumerintih
Di sini kutenggelam
Aku dahagakan rindu
Aku laparkan kasih
Aku bermandikan sedu
Sendiri aku masih
Layang-layang terbang melayang
Terbang tinggi di angkasa
Sayang, seribu kali sayang
Kulepaskan kerana Yang Esa
