… anak-anak saudaraku berkumpul dan mengucapkan selamat panjang umur kepadaku.
Dan itu merupakan hadiah yang terbaik yang pernah aku terima seumur hidupku.
… anak-anak saudaraku berkumpul dan mengucapkan selamat panjang umur kepadaku.
Dan itu merupakan hadiah yang terbaik yang pernah aku terima seumur hidupku.
Memang masa terbang, tetapi kitalah jurukemudinya.
يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُون
Semalam aku jumpa kawan lama. Dia tinggalkan pengajian perubatan (atau pergigiannya) dan bercadang untuk memulakan langkah baru dalam bidang agama. Katanya, “Lutfi, apabila aku buat keputusan tersebut, aku rasa ringan, tiada lagi beban yang berat aku pikul!” Katanya membuatkan kuberfikir. Tiada lagi kerunsingan yang akan membebani dirinya. Tiada lagi kebosanan yang akan menghantuinya. Bayangkan kerja rumahnya penuh dengan pahala. Ujian tengah tahunnya penuh dengan kata-kata berisi. Bayangkan dia tidak perlu menghafal bahan-bahan kimia yang tidak berguna dalam hidupnya, malah dia perlu menghafal “bahan kimia” pencuci jiwa dan pengisi hati nan kosong. Hidupnya nanti dipenuhi dengan solat dan Quran. Manakan tidak aku ni iri hati?َ
Pabila disuruh membaca Al-Fatihah dikhalayak ramai, hampir keseluruhan kita akan merasa malu kerana ketidaktepatan membacanya dengan sebutan dan tajwid yang betul, tetapi kita tidak malu pabila membacanya sekurang-kurang 17 kali setiap hari di hadapan Rabbul ‘alamin.
Tahukah semua bahawa Nike itu sebenarnya adalah berhala orang-orang Greek dahulu? Jadi memakai barangan yang mempunyai simbol Nike seumpama memakai pakaian berjenama Siva.
Nike (mythology)
Fatawa dari Askimam (klik pada soalan)
Ini bukanlah berita-berita kosong seperti dihantar melalui email-email terdahulu yang menyebabkan orang benci untuk membuka dan membacanya, tetapi ini adalah satu fakta yang perlu diperketengahkan.
“Nike, pronounced NI-KEY, is the winged goddess of victory according to Greek mythology. She sat at the side of Zeus, the ruler of the Olympic pantheon, in Olympus. A mystical presence, symbolizing victorious encounters, Nike presided over history’s earliest battlefields. A Greek would say, “When we go to battle and win, we say it is Nike.” Synonymous with honoured conquest, Nike is the twentieth century footwear that lifts the world’s greatest athletes to new levels of mastery and achievement. The Nike “swoosh” embodies the spirit of the winged goddess who inspired the most courageous and chivalrous warriors at the dawn of civilization.”
(Excerpt from “Nike Consumer Affairs packet, 1996”)“…In 1972 BRS changed its name to Nike, named for the Greek winged goddess of victory….”
(From nike)
Jika kita membeli kerana keselesaan memakainya, maka perkara terbaik untuk dilakukan ialah dengan memadam logo dan perkataan Nike yang ada padanya.
Subhanallah, sesungguhnya kita suka, tetapi kita tidak tahu.
Aku telah terjun dalam bidang yang aku sendiri tidak pasti
Aku masih di permulaan, masih cuba berhempas pulas
Mengayuh kakiku dengan perlahan-lahan
Aku perlukan bimbingan dari orang yang lebih mengetahui
Adakah aku telah memilih jalan yang begitu sukar?
Sehinggakan orang lain terkedu sebentar?
Sedangkan aku dengan senang lewa
Tanpa kekusutan yang melanda
Aku berterima kasih kepada-Mu Ya Tuhan
Ya Allah, Ya ArRahman, Ya AlMusta’an
Adakah aku masih mempunyai masa?
Tunjukkanlah aku kepada jalan yang padu!
Mengikuti jejak Sheikh Antar Musallim
Tulisan ini ditujukan khas kepada pembaca laman ini untuk hari ini: Jika anda berkunjung ke masjid hari ini, bersedekahlah sepuluh sen dua, atau seringgit dua atau sedollar dua. Dan jika anda berkemampuan, bersedekahlah sepuluh ringgit dua atau sepuluh dollar dua. Dan jika anda lebih berkemampuan, bersedekahlah seratus ringgit dua atau seratus dollar dua. Yang penting adalah niat kita, insya Allah diperkenankan Yang Maha Esa.
Aku bermazhab Shafi’i (Syafi’i) dan menolak segala pembaharuan (bid’ah) yang dibawa oleh orang yang tidak bermazhab.
Sebelum kita membuka mulut untuk berdebat tentang agama, ingatlah:
Adakah bahasa Arab kita begitu bagus sekali hingga dapat menandingi kebagusan bahasa Arab Imam Syafi’i untuk menerangkan maksud Al-Quran dan Sunnah?
Adakah logik kita begitu mantap sekali untuk menewaskan kebijaksanaan Imam Abu Hanifah untuk membezakan hukum?
Berapa banyak hadith telah kita semat di dalam ingatan kita untuk melawan ketelusan benak Imam Ibn Hanbal yang telah menhafaz sejuta hadith (termasuk Al-Quran dan lain-lain lagi)? Adakah kita dengan senang lenangnya mengatakan, “Oh mereka telah tertinggal hadith ini. Barangkali tidak tersampai kepada mereka”?
Adakah kita mampu untuk menidakkan pendapat Imam Malik yang telah dengan matanya sendiri melihat amalan para tabi’in di Madinah al-Munawwarah?
Adakah kita ini terlalu ihsan seperti ihsannya Imam al-Ghazali?
Kemudian datang suara-suara sumbang mengatakan kita mampu untuk memberi pendapat kita sendiri dengan koleksi-koleksi terjemahan Al-Quran dalam bahasa kita sendiri, dan koleksi-koleksi sahihayn dan buku hadith yang enam itu? Tidakkah kita berasa bangga dengan banyak alim ulama silam sebenarnye bermazhab Syafi’i? Imam Muslim, Imam Nasa’i, Imam Ibn Majah, Imam Suyuti, Imam al-Ghazali, Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar, dan sebagainya. Dan kita masih memilih orang yang tidak bermazhab sebagai ketua kita? Mereka mula menuduh kita sebagai biri-biri yang hanya mengikut pengembala, dan yakinlah aku tetap bangga menjadi biri-biri mengikut pengembala yang terkenal dengan jujur dan ikhlas menuju jalan Allah dan Nabi-Nya Muhammad Sallallahualaihiwasallam daripada menjadi biri-biri yang mengikut jalan sendiri dengan buku-buku yang bertimbun tanpa seorang pengembala pun yang menunjuk jalan.
Satu pertimbangan yang perlu kita ambil kira ialah bilangan sahabat Rasulullah (ke atasnya Selawat dan Salam) yang berpuluh ribu itu dan masing-masing pernah melihat amal, mendengar percakapan, mengetahui maksud sebenar pernyataan Rasulullah itu selepas kewafatan Baginda, tidak memberi pendapat masing-masing, malah mereka mengikut pendapat dan pertimbangan Sahabat-sahabat yang unggul seperti, Ali karamullah wajhah, Aisya radiallahuanha, Ibn Mas’ud radiallahuanh dan sebilangan kecil. Jika mereka ditanyai soalan tentang agama, mereka akan mengarah penyoal itu untuk menyoal soalan yang sama kepada sahabat meraka yang satu lagi, dan yang seorang itu akan membawa kepada yang seorang lagi, dan yang seorang lagi itu akan mengaju penyoal kepada yang lagi satu, seterusnya sehinggalah berbalik kepada orang yang pertama.
Jadi, kita sebagai umat zaman kini, haruslah yakin dan mempercayai pertimbangan para Imam dan imam-imam seterusnya, dan perlu tahu yang dengan mempelajari Quran/Hadith selama setahun tidak mencukupi untuk menerangkan maksud ayat-ayat suci dan memberi penerangan jelas kepada ungkapan-ungkapan Rasulullah.
Ungkapan Imam Syafi’i yang mengatakan (lebih kurang maksudnya), yang jika hadith yang ditemui itu adalah lebih kukuh, maka itulah mazhabnya, sebenarnya ditujukan kepada Imam-Imam besar selepasnya dan bukanlah kepada kita yang hanya tahu matematik dan tatabahasa Melayu (atau Alam dan Manusia). Kita suka menuduh para orientalis menceduk Al-Quran diluar konteks, tetapi kita sendiri suka mengambil ungkapan Imam ini diluar konteks juga.