Archive for June, 2008

HMI: Syurga dan Neraka

Conversation in Paradise and Hell

oleh Muhammad AlShareef

.mati

…………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………….mati……………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………….

mudah disebut, mudah dilupakan, susah dilaksanakan

Kuterbahagi dua

Pabila kubersendirian, kutidur
Pabila kubersama rakan, kuberbicara
Pabila kujaga, kubazirkan masa
Pabila kutidur, kuberkhayal

Bilakah masa kumengingati-Mu Ya Allah!

Kepercayaan

Membina balik kepercayaanku (trust) kepada alim ulama

Sudah lama aku kehilangan kepercayaanku kepada ustaz di Malaysia. Sejak bangku sekolah rendah lagi aku dijamu dengan gambaran ustaz yang tidak bertepatan dengan jawatan yang disandangnya. Episod ini berpanjangan sehingga aku di sekolah menengah; ustaz-ustaznya hanya membawa cerita-cerita lagha sebagai modal jenaka dan ketawa anak buah muridnya, tanpa sedikit pun (mungkin sedikit, namun aku mengendahkannya) memupuk semangat keagamaan kepada anak didikannya. Tidakkah mereka malu dengan jawatan yang disandangnya itu sepatutnya mencerminkan peribadi yang lebih elok dan bertamadun? Tidakkah mereka patut membawa nama yang mereka peroleh dengan perasaan bangga tapi tawaddhu’, bertepatan tapi lembut, merangkumi segala hujah tapi mudah?

Insan yang ingin mengubah anak didiknya harus berubah dahulu. Ustaz bukanlah satu kerjaya yang membawa makanan di atas meja sahaja, bahkan satu nama yang harus menjadi inspirasi kepada orang-orang yang diajarnya. Ilmu yang diajar, dan yang diajar mengajar ilmu tersebut, dan diajar diajar lagi sehinggalah hari Qiyamat akan mendapat pahala sehingga seterusnya, bukannya cerita-cerita lucu yang disulami di antaranya. Darjat Rasulullah sallahalaihiwasallam meningkat setiap saat kerana setiap saat, pengikutnya melakukan sunnah yang diajarnya. Walaupun mengajar anak kecil memulakan sesuatu dengan basmalah.

Wahai ustaz, kembalilah kepercayaanku kepadamu. Tinggallah cerita-cerita basi itu. Pupuklah anak didikmu dengan cerita-cerita nabi, kisah perjuangan para sahabat, cerita kekuatan para tabi’in dan pengikut tabi’in. Mereka mendahagai segalanya itu.

Solstis

Hujan yang tenang
Bulan yang terang
Hari yang panjang
Pelangi yang enak dipandang

Tanda solstis mendatang

Hujan

Hujan yang turun
lebat
membersih
hatiku yang meruntun
dan melarat
dengan songsangnya kasih

اليل

بسم الله الر حمن الر حيم

Bacaan surah al-Layl dari Syeikh Antar Said Musallim. Bacaannya yang betul-betul lekat di hatiku ini. Kepada sesiapa yang tidak biasa dengan bacaannya akan berasa pelik sedikit, namun setelah diteliti dan dipelajari, dapatlah disesuaikan diri dengan tilawahnya.

كهندق

وما تشآون الآ ان يشآ الله رب العالمين

Maka dengan kehendaknya kita ini hidup sebagai seorang Muslim. Alhamdulillah. Tidakkah kalian berfikir?

Sementara

Kenapa aku masih mengejar perkara yang hanya bersifat sementara.
Hanya sementara kuberasa seronok dan kemudiannya terbelenggu dengan ketidakseronokan yang berpanjangan
Hanya sementara kuberasa indah dan kemudiannya dicapek dengan kekotoran yang tidak berkesudahan
Hanya sementara kuberasa aman dan kemudiannya diracun oleh ketidaktenangan yang melampau?

Kuhanya puas dengan sementara, tetapi dipenjara yang berpanjangan

Nama tokoh yang dilupakan…

Muhammad sallallahu’alayhiwasallam

Next Page »