Kenapa setiap kali kita google “Melayu”, perkara tak senonoh akan keluar? Adakah kita terlalu kotor sampaikan tiada berita sensasi lagi yang hendak dipaparkan sinonim dengan nama bangsa kita? Malu…
Archive for July, 2008
I’m taking big exam today. Make plenty dua for me.
بسم الله الرحمن الرحيم
Peringatan untuk diriku dan diri pembaca sekelian: Ramai orang sibuk mengumpul harta, pangkat, darjat, wanita, anak-pinak sampailah ke saat-saat kematian.
إنّا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسان إنه كان ظلوماً جهولا
أيها البلبل إنّا أخوان .. بَيد أنّ يا أخي مختلفان
أنت تحيا لتغني .. وأنا أجرع الصبر وأجتر الهوان
قلبك الوردي لحن ساحر .. وفؤادي فيه نار ودخان
وإذا ما غاب في جوف الثرى .. جسدانا وتخطانا الزمان
صرت ذكرى .. أو تراب ..أو نسيما .. يتهادى في الجنان
وأخوك البر في أكفانه يمضغ الآلام آن بعد آن
ثم ماذا آه من ماذا إذا عادت الروح وجاء الملاكان
كيف ماذا من الذي أنّى وهل أبلطف أم بعنف يسألان ؟!
في غد آه من غد وأرى بعد غد مر البيان
آه ما أسعد ذرات الثرى آه ما أهنأ قلب الحيوان
ليتني كنت جمادا ..ليتني كنت وهما.. ليس يحويه مكان
إنني يا ربي عبد أثم فاحضني بعضا من أمان
Aku dulu hidup dengan berdendam
Dendam dengan orang yang aku benci
Irihati dengan orang yang lebih berjaya
Benci dengan orang yang celaka
tetapi terlepas dengan apa yang mereka lakukan
Namun setelah aku saksikan
dan aku perhatikan
Adalah lebih baik untuk
aku memaafkan kesalahan mereka
ke atas diri aku ini
Jika mereka ambil hak aku
Aku maafkan mereka
Jika mereka tipu aku
Aku maafkan mereka
…
dengan harapan agar
Allah sudi memaafkan aku
Jika aku buat kezaliman ke atas orang lain
dan orang lain juga memaafkan aku
jika aku menipu, mencuri, menghina mereka
jika aku menceritakan keburukan mereka
jika aku membesar-besarkan kesalahan mereka
Aku tidak mahu menjadi papa di akhirat kelak
Segala pahalaku (jika ada) diagih-agihkan
Segala dosa mereka yang kuzalimi
dibebankan ke atas bahuku yang kerdil ini
Dengan ruangan ini aku memohon maaf
atas kesalahan aku yang aku lakukan ke atas kamu
Assalamualaikum
Aku dapat merasakan bahawa
Hidup kita dicorakkan oleh hukum
Segala apa yang kita lakukan
ke atas diri sendiri dan orang lain
Direncanakan oleh keadaan sekeliling
Segala apa yang kita fikirkan
di dalam benak
Dibentuk oleh masyarakat
Segala apa yang kita sumbat
ke dalam halkum
Dicorakkan oleh bahan-bahan
yang ada di persekitaran
Keadaan yang merubah
diri seseorang dari
mulia kepada yang sebaliknya
Tetapi, adakah kita harus
menyalahkan mereka seratus peratus?
Adakah pencuri dihukum
jika beras dicurinya mengisi perut 5 anaknya yang hampir mati kelaparan?
Siapakah yang akan juga ditanya di akhirat kelak?
Adakah jiran-jirannya yang pergi ke surau
dengan Mercedes (atau Proton)
bersembahyang Maghrib berjemaah
akan dilepaskan begitu sahaja?
Adakah seorang pelacur dihukum
jika tiada seorang pun yang menolongnya
ketika dia berada dalam kesempitan hidup?
Ketika jiwa dia kacau
dan tiada seorang pun yang bertanyakan dia khabar?
Adakah seorang pembuat dosa
akan dihukum jika kudratnya tidak mampu
untuk melawan nafsu dalam dirinya?
Sesungguhnya pabila kita melihat keadaan sekeliling kita
yang penuh dengan masalah
yang penuh dengan kekejian
Tetapi kita hanya sibuk
dengan diri kita sendiri
sibuk dengan kekayaan kita
sibuk dengan anak cucu kita
adakah kita juga patut dipersalahkan?
Adakah kita akan terlepas daripada disoal?
Adakah dosa itu hanya atas mereka sahaja?
Adakah kubur kita hanya nafsi-nafsi?
Adakah patut kita salahkan diri kita juga
jika jiran kita mencuri kerana kelaparan,
jika kawan kita berbohong kerana takut ditinggalkan,
jika isteri/suami kita tidak lagi sehaluan?
Why I keep doing this?
This is blatantly wrong!
I need to fix this immediately!
Jika kita perhatikan sifat hayawan di sekeliling kita
Mereka hanya mencari makan apabila perlu
Kais pagi, mereka mendapat rezeki pagi
Kais petang, mereka kenyang di petang hari
Namun kita, manusia sepatutnya bersikap seperti yang sedemikian
Tidak mengisi perut yang berisikan tahi sepanjang masa
Bukan bererti kita perlu berlapar
Tetapi isilah dengan apa yang perlu sahaja
Jangan melampaui batas
Ikutlah resmi ayam
Mematuk pabila perlu
Malah bersyukur sebelum Subuh dan Asar
Nampak gaya
Kita lebih teruk dari ayam!
