Archive Page 2

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir dan Batin

insyaAllah I will post some after next week.

Ramadhan

Selamat Datang Ramadhan…

Hilang…

Kelmarin aku menjadi buntu seketika. Rumahku yang kelam ini menambahkan lagi suasana kebuntuanku. Aku terasa hilang sesuatu seketika. Kepercayaanku kepada orang-orang seperti itu yang dulunya meningkat semakin berkurangan. Aku tahu apa yang dibuatnya berlandaskan syariah, namun kenapa tidak sahaja diperjelaskan? Apa yang hendak disorok? Aku bingung.

Namun setelah kuberfikir, sedangkan orang alim, perkara halal pun menjadi fitnah, apatah lagi aku ini yang sering melakukan perkara-perkara yang memberatkan timbangan kiri ini. Aku doakan dia diselamatkan daripada fitnah ini dan terus untuk berbakti membawa Islam ke mercu jaya.

Najis (entri jijik)

Aku jatuh ke lubang najis. Dalam. Kiri dan kanan najis, atas dan bawah najis. Aku bergelumang dengan najis. Jijik. Namun disebalik kejijikan itu, kehangatan najis tersebut menyebabkan aku lupa yang aku diselaputi najis. Ya, hangat. Hangat sehingga aku lupa yang hangat itu adalah najis. Tidak, aku tidak lupa. Aku tahu itu najis. Tapi najis itu hangat. Aku dambakan kehangatan tersebut. Bau? Walaupun bau dapat dihidu dari beribu batu, namun hidung aku seolah-olah tidak dapat mengesan bau busuk di sekelilingku. Mungkin keselesaan tersebut telah menipu zarah-zarah pengesan di sebalik bulu hidungku.  Najis mula memasuki segenap rongga tubuhku. Bukan sahaja masuk, malah keluar juga. Najis-najis mula memenuhi mulut dan telingaku, keluar masuk. Begitu juga dua lubang di bahagian bawah, keluar masuk. Hidungku tidak juga ketinggalan menyertai kesibukan di empat rongga tersebut. Najis-najis juga cuba menyelinap di sebalik soket-soket mataku. Aku kini dipenuhi najis. Namun najis tersebut tidak punyai rasa. Ya, hidungku tersumbat, jadi deria rasaku hilang. Dan, najis-najis ini diproses menjadi darah dagingku, menyusuri urat darahku, menyelusup di ruang perutku dan memenuhi saluran pernafasanku. Kehangatan najis ini mula berkumpul memberi tekanan ke hatiku dan adakah aku sedar atau aku masih perlukan kehangatan tersebut?

Bazir

Kenapa orang bazirkan duit untuk satu hari yang dianggap bermakna sedangkan seribu hari kemudiannya adalah lebih lagi bermakna? Khabarkanku sebab-sebabnya. Aku keliru.

Senang, tapi payah…

Banyak benda senang yang boleh kita buat, tapi payah untuk dilaksanakan. Jadi marilah kita beramai-ramai untuk cuba untuk memulakannya. Apabila sudah menjadi rutin, maka insyaallah semakin senanglah hendaknya.

1. Membaca Basmalah
Mulakan sesuatu dengan Basmalah dan sudahi dengan Tahmid (Alhamdulillah). Setiap perkara, tidak kira kali pertama celik mata di pagi hari, atau sebelum memulakan sembahyang, atau sebelum menaip sesuatu. Jika lupa, bacalah:
Bismillahi fi awwalahu wa a-khirahu

2. Membasahi lidah dengan Al-Quran
Pilihlah satu surah yang mudah dan bacalah secara berterusan. Mulakan dengan sekali, kemudian menambahkan bilangannya. Antara yang mudah dibaca ialah Surah Al-Ikhlas, Muawwidhatain (Surah Al Falaq dan Surah An Nas), Ayat Kursi. Baca ketika menunggu bas, ketika memandu ke tempat kerja, ketika bersiar-siar, sambil berlari dan sebagainya.

3. Sembahyang sunat
Selain sunat-sunat yang mengiringi sembahyang fardhu, penuhilah hari anda dengan istikharah, dhuha, hajat, tahajjud dan disudahi dengan witr. Seminit setengah (lebih kurang) untuk dua rakaat. Tak susah kan? Yang susahnya bagi aku ialah selalu berangin (haha), so kena berusaha lebih sikit.

4. Salam
Bagi salam dengan orang yang kita jumpa. Itu doa dan orang yang jawab salam kita akan doakan kita kembali.

5. Salawat
Sekali kita berselawat ke atas Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam, 10 kali selawat kita dibalas.

6. Doakan untuk diri kita, ibubapa, keluarga dan kawan-kawan.
Tak susah dan tak sampaipun seminit.

Moga kita dapat amalkan.

Hilang

Semakin dekat dengan Ramadhan, aku semakin hilang semangat… Ya Allah, kembalikan semangat aku untuk memenuhkan hari-hari ini dengan ibadah.

Maaf

Aku masih bercuti.

Pergunakanlah sebaiknya nisfu Sya’ban sehingga Ramadhan, Ramadhan sehingga tibanya Syawal, Syawal sehingga tibanya Zulka’idah dan Zulkai’dah sehingga tibanya Zulhijjah. Semoga Tuhan mempermudahkan permintaanku untuk menunaikan Haji pabila Dia tentukan telah tiba saatnya.

Semoga aku bersedia.

Khurafat

Percaya tentang keistimewaan sesuatu huruf, susunan nombor, kedudukan sofa di dalam rumah, dan sebagainya adalah khurafat yang halus.

* Masih bercuti

Cuti…

Lutfi bercadang untuk bercuti minggu depan ke tempat yang belum pernah pergi lagi atau ke tempat yang selalu sangat pergi. Masih tengah fikir. Bertolak mungkin hari ini.

« Previous PageNext Page »