Maafkanlah…

Aku dulu hidup dengan berdendam
Dendam dengan orang yang aku benci
Irihati dengan orang yang lebih berjaya
Benci dengan orang yang celaka
tetapi terlepas dengan apa yang mereka lakukan

Namun setelah aku saksikan
dan aku perhatikan
Adalah lebih baik untuk
aku memaafkan kesalahan mereka
ke atas diri aku ini
Jika mereka ambil hak aku
Aku maafkan mereka
Jika mereka tipu aku
Aku maafkan mereka

dengan harapan agar
Allah sudi memaafkan aku
Jika aku buat kezaliman ke atas orang lain
dan orang lain juga memaafkan aku
jika aku menipu, mencuri, menghina mereka
jika aku menceritakan keburukan mereka
jika aku membesar-besarkan kesalahan mereka

Aku tidak mahu menjadi papa di akhirat kelak
Segala pahalaku (jika ada) diagih-agihkan
Segala dosa mereka yang kuzalimi
dibebankan ke atas bahuku yang kerdil ini

Dengan ruangan ini aku memohon maaf
atas kesalahan aku yang aku lakukan ke atas kamu

1 Response to “Maafkanlah…”


  1. 1 nonah July 26, 2008 at 1:56 am

    I’d use this as a personal reminder when I go nuts with everything around me.


Leave a comment




July 2008
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031