Archive for October 26th, 2008

Sabar

Orang Muslim kurang sabarnya. Kita kurang sabar ketika beratur. Kita kurang sabar ketika memandu. Kita kurang sabar ketika memberi nasihat. Kita kurang sabar ketika berbuka puasa. Kita kurang sabar ketika menulis. Kita kurang sabar. Kita kurang sabar.

Jika kita berada di barisan yang panjang dan seorang makcik memotong barisan kita, kenapa hendak memarahinya? Adakah lebih baik kita tegur dengan baik kerana mungkin makcik itu tidak tahu, atau makcik itu terpaksa memotong barisan kerana anak 5 orang menunggu di dalam kereta? Kita berasa kasihan, tetapi orang lain tidak, jika kita memberi makcik tersebut memotong barisan kita, kita akan dimarahi oleh orang yang di belakang. Justeru apakah cara yang terbaik yang perlu kita lakukan. Cara yang lebih berkesan ialah dengan memberikan tempat kita kepada makcik tersebut dan kita pergi ke belakang barisan. Dengan demikian, insya Allah akan memberi kesan kepada makcik tersebut dan kepada orang-orang yang berada di belakang kita. Itulah sebaik-baik adab yang boleh kita lakukan.


October 2008
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031